TEAM PELAKSANA ROAD TO PMPC 2026 KEUSKUPAN KENINGAU
PANDUAN PEMBENTUKAN DAN FUNGSINYA
A. Tim/Komiti Inti dan Peranannya
Tim/Komiti Inti ini akan
mengambil nama Team Pemantau Perancangan Pastoral Keuskupan sehingga Tahun 2026
(TPPPK – Road To PMPC 2026). Tim ini dibentuk pada 18 Oktober 2021 (Isnin) di
RRKK Tatal. Adapun anggota-anggota tim adalah seperti berikut:
1.
Penaung : YM
Bishop Cornelius Piong
2.
Pengerusi : Msgr
Gilbert Engan
3.
T. Pengerusi : Sdra.
Patrick Marius
4.
Setiusaha : Sr.
Evelin Tivit, FSIC
5.
Bendahari : Rev.
Fr Rudolf Joannes
6.
Ahli : Rev. Fr. David Gasikol
7.
Rev. Fr. Roney
Mailap
8.
Sr. Patricia
Limun, FSIC
9.
Sdra. Fredoline
Umis
10. Sdra. John
Lainsin
11. Sr. Lucynia
Jeprin, FSIC
12. Sdra. Roney
Eming
13. Sdri. Roselinah
Francis
14. Sdri. Nancy
Nelly Joney
15. Sdri. Bonia
Emin
16. Sdri. Stella
Kinsik
17. Sdri. Rita
Titing, Betania
18. Sdri. Maria Kuntiou
Peranan dan Fungsi
Team Pemantau Perancangan Pastoral Keuskupan (TPPPK) dalam Road to PMPC 2026
1.
Mewakili Keuskupan
dalam pertemuan persiapan peringkat Regional dan PMPC.
2.
Merancang program
pastoral Road to PMPC 2026 yang merangkumi sekaligus PUKAT 12, Gereja Sinodal
dan PMPC itu sendiri.
3.
Menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan.
4.
Membantu Setiap
Paroki, Komisi, Kerasulan serta Komuniti agar dapat merancang program pastoral
sesuai Perancangan pastoral Keuskupan.
5.
Mengkomunikasikan
bahan-bahan Perancangan Pastoral dan Program Road to PMPC 2026 ke semua Paroki.
6.
Memantau
perancangan dan pelaksanaan Pastoral di Peringkat Paroki agar sejalan dengan
Visi, Misi dan Matlamat Keuskupan.
7.
Mengumpulkan dan
menyimpulkan serta mendokumentasikan hasil program dari setiap Paroki untuk
disimpan dan untuk bahan rujukan masa depan.
8.
Menjadi Perancang
dan Pelaksana Program Peringkat Keuskupan seperti PUKAT 12.
9.
Menubuhkan Sub-sub
Tim yang diperlukan.
10. Menentukan peserta yang akan mengikuti SPA – Sabah
Pastoral Assembly dan PMPC 2026 dari Keuskupan Keningau.
B.
Komiti PMPC Paroki & Mission
1.
Tujuan
Untuk
membantu umat Paroki merayakan, mendengar serta berjalan menuju dan mencapai
Satu Gereja Malaysia secara amnya dan secara khusnya di peringkat keuskupan.
2.
Peranan dan Fungsi
a.
Untuk merancang, menganjur,
menyelaras dan mendokumentasikan segala proses, program dan aktiviti sebelum, semasa dan selepas Program
peringkat Paroki.
b.
Untuk mewakili
paroki di perhimpunan pastoral di peringkat keuskupan.
c.
Untuk memastikan
PMPC bukan semata-matanya suatu projek tetapi suatu perjalanan menuju ke Satu
Gereja Malaysia.
d.
Terus
berkomuniukasi dengan Team Pemantau
Perancangan Pastoral Keuskupan Road To PMPC 2026 untuk mendapatkan
bahan-bahan serta info program pastoral.
3.
Tugas dan Tanggungjawab
a.
Sebelum
Perhimpunan Pastoral Paroki (PPP)
i.
Menetapkan tarikh
Perhimpunan Pastoral Paroki (PPP).
ii.
Membentuk AJK-AJK
Kecil di pelbagai peringkat untuk menganjurkan program dan aktiviti yang
berkaitan.
iii.
Menyediakan takwim
paroki menuju ke PPP dan seterusnya (sekiranya perlu).
iv.
Mengumpulkan
bahan-bahan yang boleh membantu paroki menyiapkan PPP.
v.
Mengenalpasti
lokasi yang sesuai bagi PPP (jika dijalankan secara bersemuka) atau pilihan
Iain untuk menjalankannya (jika pandemik masih berkekalan).
vi.
Berunding dan
berhubung dengan Team PMPC Keuskupan
dalam persediaan PPP di mana sahaja yang perlu.
b.
Semasa Perhimpunan
Pastoral Paroki (PPP)
i.
Menjadi para
moderator dan fasilitator PPP.
ii.
Memastikan para
peserta mengikuti protokol kesihatan (jika dijalankan secara bersemuka).
iii.
Mendapat bantuan
teknikal yang baik dari umat yang tahu teknologi digital (jika dilakukan secara
maya).
iv.
Mendokumentasikan
segala prosiding - hasil dapatan program (secara bertulis dan rakaman media).
v.
Memastikan PPP
menunaikan 3 objektif PMPC, iaitu, merayakan, mendengar dan berjalan bersama
sebagai Satu Gereja Malaysia di peringkat paroki.
c.
Selepas
Perhimpunan Pastoral Paroki (PPP)
i.
Menyusun semua
Laporan mengenai PPP dan menghantar kepada Team PMPC Keuskupan tidak melebihi 2 bulan selepas ia dianjurkan.
ii.
Meneruskan
tugas-tugas merangka, mempromosi serta menyebarkan bahan bahan yang berkaitan
pergerakan menuju ke Satu Gereja Malaysia di peringkat paroki.
iii.
Berhubung dengan
Team PMPC Keuskupan mengenai program dan
aktiviti lanjutan .
iv.
Menjalankan
tugas-tugas persiapan bagi penyertaan paroki ke Perhimpunan Peringkat Keuskupan
dan Regional.
4.
Keanggotaan/Ahli
Perkara-perkara berikut adalah wajar diambil-kira
dalam penubuhan Komiti PMPC peringkat Paroki:
a.
Paderi paroki dan
pembantu Paderi paroki adalah penasihat kepada Komiti ini. Kehadirannya dalam
semua mesyuarat adalah penting.
b.
Secara otomatik
semua ahli MPP/MPM dan religius di
paroki (jika ada) adalah anggota Komiti ini.
c.
Hal yang perlu
dipertimbangkan dalam pemilihan anggota
i.
Boleh menyertai
dalam semua mesyuarat
ii.
Terdiri daripada
golongan tua dan muda
iii.
Terdiri daripada
lelaki dan perempuan
iv.
Sihat dan mampu
berkerja/melayani secara efektif dan efesien/komited.
v.
Mempunyai
pengetahuan dan karisma dalam isu-isu
berkaitan Gereja, Keluarga, Sosial
dan Ekologi di
paroki dan masyarakat tempatan
d.
Jawatan utama
dalam Komiti:
i.
Pengerusi/Kordinator
(mempengerusikan mesyuarat, melapor perkara-perkara tentang PMPC bagi pihak
Komiti, berhubung dengan Team PMPC Keuksupan dan mewakili paroki dalam
mesyuarat keuskupan, dll.)
ii.
Setiausaha
iii.
Jawatan dalam
MPP/MPM boleh terus diserap dalam tim ini
e.
Setiap paroki
bebas menyusun struktur organisasi serta memperluaskan Komiti PMPC-nya mengikut
keperluan dan keadaan.
5.
Tempoh Keanggotaan
Ada dua Keadaan
a.
Jika tim adalah
MPP/MPM itu sendiri maka akan bubar pada penghujung tahun 2023, kecuali MPP/MPM
lama mahu terus jadi tim PMPC di peringkat paroki (sesuai persetujuan paderi
paroki).
-
Jika MPP/MPM lama
tetap menjadi tim maka, MPP/MPM baru automatik jadi anggota.
-
Namun jika MPP/MPM
lama tidak mahu melanjutkan, maka MPP/MPM baru akan mengambil alih tugas dan
peranan, dan yang lama boleh mengundurkan diri atau boleh tetap jadi anggota.
b.
Jika tim bukan
MPP/MPM maka keanggotaannya adalah sampai dinyatakan bubar sebelum atau selepas
PMPC 2026.
c.
Dicadangkan supaya
tim yang dibentuk dari awal tetap sampai selesai program, namun boleh ditambah
atau digantikan sesuai keperluan.
6.
Bilangan Ahli
a.
Terpulang kepada
paroki masing-masing, setelah mengambil-kira saiz (keluasan serta bilangan
umat).
b.
Tergantung pada
keperluan serta situasi dan keadaan di masing-masing Paroki.
7.
Penubuhan tim/komiti di peringkat Paroki
a.
Penubuhan Komiti
PMPC Paroki dan sub-sub timnya sudah siap sebelum 1 Januari 2022.
Comments
Post a Comment