Logo Road To PMPC2026 Keuskupan Keningau
Penjelasan Logo
1. 4 Bahagian/pecahan dari Bulatan
Atas Kiri dengan Logo PMPC2026 merupakan Program Pastoral menuju kepada Pan Malaysia Pastoral Convention pada Tahun 2026 (PMPC 2026). Merupakan program pertama kali dianjurkan di seluruh Malaysia, iaitu perhimpunan Umat Katolik SeMalaysia. Sebelum sampai kepada PMPC 2026, setiap keuskupan di Malaysia iaitu sebanyak 9 keuskupan dikehendaki melakukan perhimpunan pastoral di peringkat keuskupan masing-masing.
Atas kanan dengan logo Synod 2021-2023, merupakan program pastoral dari Vatikan iaitu Gereja Sinodal. Melalui program ini, Bapa Suci Paus Fransiskus ingin mendengarkan suara dari setiap umat di seluruh dunia. Pada Tahun 2023, sebuah Synod para uskup seluruh dunia akan diadakan di Vatikan. Namun sebelum itu, semua keuskupan di seluruh dunia perlu melakukan proses sinode di peringkat keuskupan masing-masing.
Bawah kiri, merupakan program rutin Keuskupan Keningau iaitu mengadakan Pertemuan Umat Katolik Keuskupan yang disingkat sebagai PUKAT. Pada tahun 2023 akan diadakan PUKAT kali ke-12.
Bawa kanan, merupakan simbol "NANTUAPAN" dari budaya Murut yang membawa erti "persatuan/kesatuan" / umat yang berkumpul di sekitar Ekaristi.
4 bahagian ini juga melambnagkan 4 dokumen yang menjadi konteks atau skop tema program pastoral Road To PMPC 2026 iaitu, Evangeli Gaudium (Gereja), Laudato Si (Ekologi),
Fratelli Tutti (Sosial) dan Amoris Laetitia (Keluarga).
2. Bulatan
Simbol yang menunjukkan bahawa Keuskupan Keningau melaksanakan secara sekaligus/satu kali kesemua 3 program pastoral iaitu; PMPC 2026, Gereja Sinodal dan PUKAT 12, dengan semangat berjalan berjama.
Bulatan itu sendiri secara keseluruhannya adalah melambangkan Ekaristi yang menjadi pusat dan teras bagi keluarga Umat Katolik di Keuskupan Keningau.
3. Lambang salib di tengah-tengah bulatan
Melambangkan Gereja Keuskupan melaksanakan Misi Kristus. Misi Kristus adalah Misi Gereja.
4. Perkataan "Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan" di tengah bulatan, melintang.
Adalah Visi/wawasan Keuskupan Keningau iaitu "Umat Allah berjalan bersama dalam KESATUAN, KESETIAAN dan KEKUDUSAN Yesus Kristus". Wawasan ini sama dengan Tema PMPC dan Gereja Sinodal iaitu "Berjalan Bersama". Inilah semangat dan menjadi tonggak bagi Keuskupan Keningau dalam melaksanakan program pastoral.
5. Tulisan ROAD TO PMPC 2026 KEUSKUPAN KENINGAU dengan warna biru.
Melambangkan program pastoral yang dilaksanakan selama 5 tahun ke depan. Ianya merupakan nama program pastoral bagi Keuskupan Keningau. ROAD TO PMPC 2026 ertinya semua program pastoral yang dijalankan adalah dalam rangka menuju PMPC 2026. Adapun program iyang dimaksudkan adalah Gereja Sinodal 2021-2023, PUKAT 12 pada tahun 2023 dan program pastoral menuju PMPC 2026.
Warna biru melambangkan kesetiaan, ketulusan, kebijaksanaan dan keterbukaan dalam melakukan usaha bersama untuk mencapai matlamat Keuskupan Keningau melalui program pastoral ini. Warna biru ini juga melambangkan keteladanan Bonda Maria.
Berikut ini adalah Stiker bagi Program Pastoral Road To PMPC 2026
Ertinya sama namun ada beberapa tambahan iaitu;
6. Tapak kaki
Melambangkan "Umat Allah yang Berjalan Bersama" dalam melaksanakan misi.
7. Garis warna warni
Melambangkan perjalanan Gereja Keuskupan Keningau yang ditandai dengan pelbagai warna-warni kehidupan (cabaran-tantangan). Meskipun demikian, tetap "berjalan bersama" menuju kepada matlamat.
8. TPPPKK
Singkatan untuk Team Pemantau Perancangan Pastoral Keuskupan Keningau, juga merupakan Tim AdHoc bagi program Road To PMPC 2026. Tim inilah yang diberi kepercayaan untuk memastikan semua program dapat dilaksanakan di semua paroki dan mission.
Comments
Post a Comment