Skip to main content

PROGRAM PASTORAL KEUSKUPAN KENINGAU ROAD TO PMPC 2026

 PANDUAN PROGRAM PASTORAL

MENUJU PAN MALAYSIA PASTORAL CONVENTION (PMPC) 2026

KEUSKUPAN KENINGAU

 


A.   Pendahuluan

Gereja Katolik di Keuskupan Keningau dalam 5 tahun ini akan memiliki banyak program pastoral yang perlu dilaksanakan secara teliti dan bijaksana. Program-program tersebut bukan sahaja datang dari Keuskupan Keningau sendiri tetapi juga dari Takhta Suci –Vatikan- dan juga datang dari Pan Malaysia Pastoral Convention (PMPC). Program tri-tahunan Keuskupan Keningau sendiri adalah PUKAT Ke-12 yang akan diadakan pada bulan September 2022. Program dari PMPC adalah, setiap Keuskupan perlu mengadakan pertemuan di peringkat Paroki dan Keuskupan. PMPC dicadangkan akan diadakan pada 16-20 September 2026. Sebelum itu, peringkat regional (SPA) juga perlu mengadakan pertemuan iaitu pada tahun 2024. Pertemuan peringkat Keuskupan adalah pada tahun 2023, namun di Keuskupan Keningau sudah dalam Perancangan Pastoral bahawa pada 2023 akan ada PUKAT Ke-12, iaitu Perhimpunan Umat Katolik Keuskupan Keningau – PUKAT 12. Sementara itu dari Takhta Suci pula, kita memiliki misi bersama sebagai Gereja Sinodal, dimana kita perlu mengadakan pertemuan-pertemuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan respon (dengan bantuan pertanyaan) dari peringkat akar umbi Keuskupan, untuk dibawa dan dibahas bersama dalam Sinod Para Uskup seluruh dunia pada 2023 di Vatikan.

Memandangkan Wawasan dari ketiga-tiga sumber program tersebut - PMPC, Gereja Sinodal, PUKAT 12 - adalah sama iaitu “Berjalan Bersama” maka kita di Keuskupan Keningau mengambil keputusan untuk merancang program yang merangkumi kesemua program tersebut sehingga tahun 2026. Kita juga telah mengambil keputusan untuk menggunakan Tema, Objektif, Orientasi dan Logo dari PMPC dengan pelaksanaannya yang kita sesuaikdan dengan situasi serta keadaan di Keuskupan Keningau.Bdk minit mesyuarat 1

 

B.    Tema, Misi, Objektif, Orientasi dan Logo

1.     Tema

Gereja Katolik (di Keuskupan Keningau) datang bersama sebagai Paderi, Religius dan Awam untuk Merayakan dalam Persekutuan Komuniti, berpartisipasi untuk Mendengarkan, serta Berjalan melaksanakan Misi bersama dalam Terang Tuhan (Yes 2:2-5).

 

a.     Huraian tema

Tema ini adalah menggabungkan sekaligus tema dari PMPC, Gereja Sinodal dan juga Tema/Wawasan Keuskupan Keningau. Tema PMPC adalah CELEBRATE, LISTEN dan WALK, sementara Gereja Sinodal mengambil tema COMMUNION, PARTICIPATION dan MISSION. Kedua-dua tema tersebut pada dasarnya adalah serupa sehingga boleh digabungkan dan dilaksanakan secara sekaligus, tambahan lagi kedua-duanya sama dengan Wawasan Keuskupan Keningau iaitu “Umat Allah berjalan bersama dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus”. Kita merayakan bukan sendiri-sendiri tetapi dalam kesatuan sebagai sebuah komuniti. Kesatuan bukanlah sebuah konsep sahaja tetapi ianya adalah sebuah komitmen untuk bertindak, sebuah tindakan aktif dari semua warga Gereja untuk ikut serta atau berpartisipasi dalam mewartakan dan mewujudkan Kerajaan Allah. Salah satu tindakan nyata yang sederhana adalah setia mendengarkan suara Tuhan dan suara dari banyak orang (umat). Kekudusan adalah tujuan serta misi kita bersama. Ianya tidak dapat dicapai dengan kekuatan manusia sahaja tetapi memerlukan bimbingan serta kekuatan dari Roh Kudus, maka kita berjalan melaksanakan misi tersebut dalam Terang Tuhan.

 

b.     Konteks dan skop Tema

Konteks penghurraian tema adalah mengikut konteks PMPC iaitu KELUARGA, GEREJA, SOSIAL dan EKOLOGI. Masing-masing dari konteks tersebut akan berpandukan kepada dokumen Gereja Terkini iaitu, Amoris Latetia – Keluarga, Evangeli Gaudium – Gereja, Frateli Tutti – Sosial, dan Laudato Si – Ekologi.

 

c.      Kaedah analisis/Method of analysis

Kaedah analisis yang digunakan adalah

SEE – JUDGE – ACT

 

2.     Misi

a.      Gereja Menjadi suara begi semua orang

b.     Gereja Menjangkau umat dengan kerahiman

c.      Gereja Mengkomunikasikan kepenuhan hidup

d.     Gereja Bertumbuh dalam kekudusan

 

3.     Objektif

a.      Datang bersama untuk mengungkapkan kesatuan dan merayakan kekayaan keragaman serta keunikan dalam persatuan dengan Kristus sebagai Gereja Katolik di Malaysia secara amnya, secara khususnya di Keuskupan Keningau.

b.     Menerima cabaran dan peluang supaya kita dikuatkan dalam persekutuan untuk terus bertumbuh dalam pengharapan, kekudusan dan misi.

c.      Sebagai komuniti murid yang misionaris, kita lebih lagi menjadi garam dan terang dunia.

 

4.     Orientasi

a.      Berjalan bersama dalam merayakan keindahan serta keunikan budaya dan agama. (CELEBRATE) – KOMUNITI

b.     Saling berkongsi tentang perkembangan Program Pastoral. (LISTEN) – PARTISIPASI

c.      Memberi tumpuan kepada cabaran yang mempengaruhi Gereja Keuskupan terutama Keluarga, Gereja, Sosial dan Ekologi, dan sebagai tindak balasnya adalah menerima Misi Gereja (di Malaysia) iaitu menjadi garam dan terang bagi dunia. (WALK) – MISI

 

5.     Logo

Setakat ini PMPC belum menetapkan Logo. Keuskupan Keningau akan ada logo tersendiri yang akan digandingkan dengan logo PMPC.

 

C.   Pelaksanaan – bagaimana harus dilakukan?

Program ini akan dilaksanakan secara bertahap iaitu, dimulakan dari peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat Keuskupan. Maka tim/komiti perancang serta pemantau dari peringkat Keuskupan perlu dibentuk. Seperti yang dijelaskan di atas, program ini bukanlah suatu program yang mudah sebaliknya, merupakan program yang besar dan pastinya memerlukan komiti yang cukup. Namun perlu ditegaskan bahawa sasaran program ini adalah semua umat dari peringkat akar umbi. Oleh hal yang demikian, program ini dilaksanakan bukan sahaja oleh tim/komiti tertentu sahaja tetapi dilaksanakan oleh semua umat tanpa ada yang terkecuali. Secara sederhananya adalah, semua umat terlibat dalam melaksanakan program ini.

Tim/komiti yang akan dibentuk akan bertindak sebagai fasilitator agar semua umat dapat ikut terlibat dengan lancar. Untuk memulakan program tersebut, maka memerlukan tim/komiti inti di peringkat Keuskupan, sementara itu sub tim/komiti dari setiap Paroki juga akan dibentuk oleh Paderi Paroki dan MPP/MPM. Tim/komiti inti pertama-tama akan melakukan perancangan serta menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Tim/komiti inti pertama-tama juga yang mempelajari dan menguasai semua bahan yang sudah ada (dari PMPC dan Gereja Sinodal). Bahan yang disediakan oleh tim/komiti inti itulah yang akan digunakan dalam melaksanakan program dari peringkat akar umbi.

Di peringkat paroki dicadangkan supaya menggunakan ajk/tim yang sedia ada seperti ajk KKD dan KUK untuk melaksanakan program ini dari peringkat akar umbi. Tim dari paroki akan membimbing dan mengajari ajk-ajk itu supaya dapat melaksanakan program ini dengan baik di peringkat KKD dan KUK masing-masing. Hasil dari KKD akan dibawa dan dirumuskan di peringkat KUK. Hasil rumusan dari KUK dibawa ke peringkat Zon untuk dirumuskan bagi peringkat Zon masing-masing. Rumusan dari Zon dibawa ke paroki untuk dirumuskan bagi peringkat Paroki. Rumusan dari setiap paroki dikumpulkan untuk tindakan selanjutnya oleh tim peringkat keuskupan.

Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah, pertama; bahan pengisian komunikasi dan implementasi program di peringkat akar umbi. Bahan-bahan tersebut adalah merujuk kepada bahan-bahan yang sudah disediakn oleh Gereja Sinodal (documento prepatatorio & Vedamecum), PMPC 2026, PUKAT 11 dan 4 dokumen gereja terkini iaitu Evangeli Gaudium (Gereja), Laudato Si (Ekologi), Fratelli Tutti (Sosial) dan Amoris Laetitia (Keluarga). Kedua; pertanyaan-pertanyaan yang akan diberi respon oleh setiap umat/peserta di Keuskupan Keningau. Pertanyaan-pertanyaan tersebut pada dasarnya sudah tersedia namun akan disesuaikan dengan situasi dan keadaan di Keuskupan Keningau setelah tim/komiti inti melakukan study day terhadap dokumen-dokumen yang ada. Bagaimana dilaksanakan? Adakah bersemuka atau secara digital? Mungkin di kawasan yang memiliki jaringan internet yang baik boleh dilaksanakan secara digital namun ianya tidaklah sesuai dengan VISI atau WAWASAN bersama iaitu “Datang dan Berjalan Bersama”. Kerana Kesatuan yang ingin kita capai bukanlah kesatuan dalam digital atau dunia maya sahaja tetapi, kesatuan yang ingin kita capai adalah kesatuan yang konkrit, yang benar-benar nyata secara fizikal dan spiritual.

Keuskupan Keningau akan merancang Program sekaligus bagi PUKAT 12, Gereja Sinodal dan PMPC 2026. Kerana itu, semua hasil dari program ini akan dikumpulkan dan dibawa dalam PUKAT 12, Sinod Para Uskup dan juga dibawa ke peringkat PMPC 2026. Maka dari itu, diharapkan semua tim/komiti yang dibentuk dapat menjalankan peranannya dengan sebaiknya agar semua umat dapat diikutsertakan dalam semangat “Berjalan Bersama” untuk mencapai Visi,Misi dan Matlamat program ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gereja SInodal Keuskupan Keningau Dalam Proses

 Setelah beberapa kali melakukan pertemuan/mesyuarat, sebuah tim kecil telah diberi kepercayaan untuk mengkaji, membincangkan dan merumuskan pertanyaan soal selidik. Tim kecil tersebut terdiri dari seorang Paderi dan dua umat awam yang aktif melayani di Keuskupan Keningau.  Proses perumusan soal selidik telah mengambil masa sebanyak dua kali pertemuan iaitu pertama pada 23.11.2021 di RRKKT, dan yang kedua dalah pada 1.12.2021 di Kekitaan Fm. Ada 4 golongan soal selidik yang telah berjaya dirumuskan. Keempat itu adalah, soal selidik  general/umum yang akan dijawab oleh semua umat, soal selidik untuk belia/orang muda, soal selidik untuk kanak-kanak dan soal selidik untuk warga emas atau orang yang sudah lanjut usia. Bukan mudah merumuskan pertanyaan soal selidik apalagi harus mempertimbangkan situasi dan keadaan serta umat secara keseluruhannya.        Patrick Marius (kiri) Roney Eming (tengah) Rev. Fr. David Gasikol (kanan) Hari Pertama telah berjaya merumuskan pertanyaan soal selidik y

LOGO ROAD TO PMPC2026 KEUSKUPAN KENINGAU

  Logo Road To PMPC2026 Keuskupan Keningau Penjelasan Logo 1. 4 Bahagian/pecahan dari Bulatan     Atas Kiri dengan Logo PMPC2026 merupakan Program Pastoral menuju kepada Pan Malaysia Pastoral Convention pada Tahun 2026 (PMPC 2026). Merupakan program pertama kali dianjurkan di seluruh Malaysia, iaitu perhimpunan Umat Katolik SeMalaysia. Sebelum sampai kepada PMPC 2026, setiap keuskupan di Malaysia iaitu sebanyak 9 keuskupan dikehendaki melakukan perhimpunan pastoral di peringkat keuskupan masing-masing.      Atas kanan dengan logo Synod 2021-2023, merupakan program pastoral dari Vatikan iaitu Gereja Sinodal. Melalui program ini, Bapa Suci Paus Fransiskus ingin mendengarkan suara dari setiap umat di seluruh dunia. Pada Tahun 2023, sebuah Synod para uskup seluruh dunia akan diadakan di Vatikan. Namun sebelum itu, semua keuskupan di seluruh dunia perlu melakukan proses sinode di peringkat keuskupan masing-masing.     Bawah kiri, merupakan program rutin Keuskupan Keningau iaitu mengadakan P