Gereja Sinodal Keuskupan Keningau sedang dalam proses pembentukan tim pelaksana dari peringkat paroki hinggalah ke peringkat akar umbi (Komuniti Kristian Dasar - KKD).
Pada 4.12.2021, telah diadakan pertemuan pertama di peringkat Keuskupan Keningau bagi memberi taklimat mengenai Program Pastoral Road To PMPC 2026. Seperti yang sudah dijelaskan dalam Buku Panduan, Program Pastoral Road To PMPC 2026 Keuskupan Keningau merangkumi sekaligus program Gereja Sinodal, PUKAT 12 dan Program menuju PMPC itu sendiri.
Dalam pertemuan tersebut, telah hadir semua ahli Team Pastoral Keuskupan tyang terdiri daripada Uskup, Para Paderi, Sisters, Pengerusi-Pengerusi Komisi dan Kerasulan, Pengerusi-Pengerusi Majlis Pastoral Paroki dan Mission serta wakil pemimpin umat awam.
Perkara utama yang dijelaskan dalam pertemuan itu adalah Taklimat mengenai Proses Gereja Sinodal, Penjelasan Buku Panduan Road To PMPC 2026, Pembentangan dan penjelasan pertanyaan soal selidik dan penyerahan Bunting Road To PMPC 2026 kepada semua paroki dan mission di bawah naungan Keuskupan Keningau.
Harapan besar dari pertemuan ini adalah, semua Paroki mendapat pemahaman dan kejelasan mengenai program yang perlu dijalankan dengan segera iaitu Program Pastoral Road To PMPC 2026 yang dimulakan dengan Gereja Sinodal.
PANDUAN PROGRAM PASTORAL MENUJU PAN MALAYSIA PASTORAL CONVENTION (PMPC) 2026 KEUSKUPAN KENINGAU A. Pendahuluan Gereja Katolik di Keuskupan Keningau dalam 5 tahun ini akan memiliki banyak program pastoral yang perlu dilaksanakan secara teliti dan bijaksana. Program-program tersebut bukan sahaja datang dari Keuskupan Keningau sendiri tetapi juga dari Takhta Suci –Vatikan- dan juga datang dari Pan Malaysia Pastoral Convention (PMPC). Program tri-tahunan Keuskupan Keningau sendiri adalah PUKAT Ke-12 yang akan diadakan pada bulan September 2022. Program dari PMPC adalah, setiap Keuskupan perlu mengadakan pertemuan di peringkat Paroki dan Keuskupan. PMPC dicadangkan akan diadakan pada 16-20 September 2026. Sebelum itu, peringkat regional (SPA) juga perlu mengadakan pertemuan iaitu pada tahun 2024. Pertemuan peringkat Keuskupan adalah pada tahun 2023, namun di Keuskupan Keningau sudah dalam Perancangan Pastoral bahawa pada 2023 akan ada PUKAT Ke-12, iaitu Per...
Comments
Post a Comment