Perancangan Pastoral Keuskupan Keningau untuk 5 Tahun adalah melaksanakan sekaligus Gereja Sinodal, PUKAT 12 (Perhimpunan Umat Katolik Keuskupan Kali Ke -12) dan program menuju PMPC 2026. Team yang dibentuk merupakan Team Pemantau Perancangan Pastoral Keuskupan dan sekaligus merangkap Team AdHoc bagi program pastoral 5 Tahun (2021-2026).
Dalam mesyuarat yang ke-2 telah dihasilkan RoadMap perancangan pastoral 5 Tahun. Klik hyperlink untuk melihat. Dalam mesyuarat ke-2 itu juga telah dibincangkan dan dihasilkan buku panduan untuk program 5 Tahun.
Antara agenda pertemuan ke-3 ini adalah, menetapkan dan menambahbaik isi Buku Panduan, menetapkan anggota dan peranan team, pembentangan rumusan Evangeli Gaudium, Amoris Latetia, Frateli Tutti dan Laudato Si. Selain itu, juga telah menyusun pengisian Pertemuan Team Pastoral Keuskupan yang akan dilaksanakan pada 4.12.2021. Mesyuarat kali ke-3 ini bertempat di Ruang Arkib, di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal. Seramai 11 ahli team telah hadir dalam mesyuarat ke-3 ini.
Adapun pembentangan rumusan Evangeli Gaudium dilaksanakan oleh Patrick Marius, Amoris Latetia oleh John Lainsin, Frateli Tutti oleh Msgr. Gilbert Engan dan sementara Laudato Si oleh Fr. David Gasikol. 4 dokumen tersebut akan menjadi sumber perumusan pertanyaan soal selidik untuk Gereja Sinodal. Pada mesyuarat ini juga telah dilantik team kecil yang bertanggungjawab untuk merumuskan pertanyaan soal selidik.
Comments
Post a Comment