Skip to main content

Gereja SInodal Keuskupan Keningau Dalam Proses

 Setelah beberapa kali melakukan pertemuan/mesyuarat, sebuah tim kecil telah diberi kepercayaan untuk mengkaji, membincangkan dan merumuskan pertanyaan soal selidik. Tim kecil tersebut terdiri dari seorang Paderi dan dua umat awam yang aktif melayani di Keuskupan Keningau. 

Proses perumusan soal selidik telah mengambil masa sebanyak dua kali pertemuan iaitu pertama pada 23.11.2021 di RRKKT, dan yang kedua dalah pada 1.12.2021 di Kekitaan Fm.

Ada 4 golongan soal selidik yang telah berjaya dirumuskan. Keempat itu adalah, soal selidik  general/umum yang akan dijawab oleh semua umat, soal selidik untuk belia/orang muda, soal selidik untuk kanak-kanak dan soal selidik untuk warga emas atau orang yang sudah lanjut usia.

Bukan mudah merumuskan pertanyaan soal selidik apalagi harus mempertimbangkan situasi dan keadaan serta umat secara keseluruhannya. 


      Patrick Marius (kiri) Roney Eming (tengah) Rev. Fr. David Gasikol (kanan)

Hari Pertama telah berjaya merumuskan pertanyaan soal selidik yang general/umum. Manakal hari ke dua telah berjaya merumuskan pertanyaan soal selidik untuk Belia, Kanak-kanak dan Warga Emas.

Ikuti link berikut untuk melihat videonya..

Proses Gereja Sinodal Keuskupan Keningau - Merumuskan Pertanyaan Soal Selidik

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PASTORAL KEUSKUPAN KENINGAU ROAD TO PMPC 2026

  PANDUAN PROGRAM PASTORAL MENUJU PAN MALAYSIA PASTORAL CONVENTION (PMPC) 2026 KEUSKUPAN KENINGAU   A.    Pendahuluan Gereja Katolik di Keuskupan Keningau dalam 5 tahun ini akan memiliki banyak program pastoral yang perlu dilaksanakan secara teliti dan bijaksana. Program-program tersebut bukan sahaja datang dari Keuskupan Keningau sendiri tetapi juga dari Takhta Suci –Vatikan- dan juga datang dari Pan Malaysia Pastoral Convention (PMPC). Program tri-tahunan Keuskupan Keningau sendiri adalah PUKAT Ke-12 yang akan diadakan pada bulan September 2022. Program dari PMPC adalah, setiap Keuskupan perlu mengadakan pertemuan di peringkat Paroki dan Keuskupan. PMPC dicadangkan akan diadakan pada 16-20 September 2026. Sebelum itu, peringkat regional (SPA) juga perlu mengadakan pertemuan iaitu pada tahun 2024. Pertemuan peringkat Keuskupan adalah pada tahun 2023, namun di Keuskupan Keningau sudah dalam Perancangan Pastoral bahawa pada 2023 akan ada PUKAT Ke-12, iaitu Per...

LOGO ROAD TO PMPC2026 KEUSKUPAN KENINGAU

  Logo Road To PMPC2026 Keuskupan Keningau Penjelasan Logo 1. 4 Bahagian/pecahan dari Bulatan     Atas Kiri dengan Logo PMPC2026 merupakan Program Pastoral menuju kepada Pan Malaysia Pastoral Convention pada Tahun 2026 (PMPC 2026). Merupakan program pertama kali dianjurkan di seluruh Malaysia, iaitu perhimpunan Umat Katolik SeMalaysia. Sebelum sampai kepada PMPC 2026, setiap keuskupan di Malaysia iaitu sebanyak 9 keuskupan dikehendaki melakukan perhimpunan pastoral di peringkat keuskupan masing-masing.      Atas kanan dengan logo Synod 2021-2023, merupakan program pastoral dari Vatikan iaitu Gereja Sinodal. Melalui program ini, Bapa Suci Paus Fransiskus ingin mendengarkan suara dari setiap umat di seluruh dunia. Pada Tahun 2023, sebuah Synod para uskup seluruh dunia akan diadakan di Vatikan. Namun sebelum itu, semua keuskupan di seluruh dunia perlu melakukan proses sinode di peringkat keuskupan masing-masing.     Bawah kiri, merupakan program ruti...