Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Mesyuarat kali Ke-3 Team AdHoc Road To PMPC 2026 - Gereja Sinodal Keuskupan Keningau

Perancangan Pastoral Keuskupan Keningau untuk 5 Tahun adalah melaksanakan sekaligus Gereja Sinodal, PUKAT 12 (Perhimpunan Umat Katolik Keuskupan Kali Ke -12) dan program menuju PMPC 2026. Team yang dibentuk merupakan Team Pemantau Perancangan Pastoral Keuskupan dan sekaligus merangkap Team AdHoc bagi program pastoral 5 Tahun (2021-2026).  Dalam mesyuarat yang ke-2 telah dihasilkan RoadMap  perancangan pastoral 5 Tahun. Klik hyperlink untuk melihat. Dalam mesyuarat ke-2 itu juga telah dibincangkan dan dihasilkan buku panduan untuk program 5 Tahun.  Antara agenda pertemuan ke-3 ini adalah, menetapkan dan menambahbaik isi Buku Panduan, menetapkan anggota dan peranan team, pembentangan rumusan Evangeli Gaudium, Amoris Latetia, Frateli Tutti dan Laudato Si. Selain itu, juga telah menyusun pengisian Pertemuan Team Pastoral Keuskupan yang akan dilaksanakan pada 4.12.2021. Mesyuarat kali ke-3 ini bertempat di Ruang Arkib, di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal. Seramai 11 ahli team telah ha

Mesyuarat kali ke-2 Team Adhoc Gereja Sinodal, SPA-PMPC

  Mesyuarat kali Ke-2 dihadiri oleh 11 ahli dan 4 apologi. Dipengerusikan oleh Msgr. Gilbert Engan, bersama semua team yang hadir telah membincangkan Buku Panduan Road to PMPC 2026 Keuskupan Keningau. Dalam mesyuarat ini telah menghasilkan Buku Panduan yang menjadi pegangan dan pedoman perancangan dan pelaksanaan serta mendokumentasikan program-program Road to PMPC 2026, yang merangkumi program Gereja Sinodal, PUKAT 12 dan SPA. Buku panduan tersebut akan dicetak dan diedarkan kepada team serta sub team di setiap paroki.

Road Map Journey to PMPC 2026 Keuskupan Keningau

  Road Map Journey To PMPC 2026 Keuskupan Keningau

Program Pastoral Keuskupan Keningau untuk 5 Tahun ke depan

      Gereja Keuskupan Keningau untuk 5 tahun ke depan akan memiliki banyak program pastoral yang perlu dilaksanakan secara serius dan bijaksana. Program-program tersebut bukan saja datang dari Keuskupan Keningau sendiri tetapi juga dari Takhta Suci –Vatikan- dan juga datang dari Pan Malaysia Pastoral Convention (PMPC). Adapun program dari Keuskupan Keningau sendiri adalah PUKAT Ke-12 yang akan diadakan pada bulan September 2022. Program dari PMPC adalah, setiap Keuskupan perlu mengadakan pertemuan di peringkat Paroki dan Keuskupan. Adapun PMPC dicadangkan akan diadakan pada 16-20 September 2026. Sebelum itu, peringkat regional (SPA) juga perlu mengadakan pertemuan iaitu pada tahun 2024. Pertemuan peringkat Keuskupan adalah pada tahun 2023, namun di Keuskupan Keningau sudah dalam Perancangan Pastoral bahawa pada 2023 akan ada PUKAT Ke-12, iaitu Perhimpunan Umat Katolik Keuskupan Keningau – PUKAT 12. Sementara itu dari Takhta Suci pula, kita memiliki misi bersama sebagai Gereja Sinodal,